Pembantu Maya NEXUS-JANM
NEXUS-JANM (National Executive eXperience Utility System) membimbing pegawai sektor awam merangka arahan AI secara teratur, berdisiplin serta memelihara etika kerahsiaan maklumat perakaunan kerajaan.
Prinsip Pengasingan Komponen RTCO
Penggubalan prompt berkesan memerlukan pengasingan peranan secara berdisiplin. Setiap komponen (R, T, C, O) perlu difokuskan pada fungsinya yang tepat agar model kecerdasan buatan memahami kehendak tugasan dengan tepat tanpa kekeliruan.
Lampiran Format / Kerangka Rujukan Sedia Ada
Bagi penyediaan Slaid Pembentangan, Minit Mesyuarat, atau Memo Rasmi, dinyatakan praktikal terbaik:
- Draf Teks / Kerangka Ringkas: Nyatakan susunan kerangka tersebut di ruangan Context atau Output.
- Fail Fizikal (.pptx, .docx, .pdf): Maklumkan di dalam prompt untuk merujuk fail asal yang dilampirkan bersama semasa menampal prompt di kotak sembang ChatGPT / Gemini.
R - RULES (Peranan & Persona)
Tetapkan identiti profesional, bidang kepakaran, etika perkhidmatan awam dan tona komunikasi rasmi.
T - TASK (Tugasan Khusus)
Nyatakan tindakan kerja secara jelas (contoh: sediakan minit mesyuarat, rangka konsep visual, analisis varian perbelanjaan).
C - CONTEXT (Rujukan & Dasar)
Asas perundangan atau pekeliling berkaitan (Arahan Perbendaharaan, Akta Tatacara Kewangan 1957, Akta WTD 1965).
O - OUTPUT (Format & Susunan Hasil)
Struktur jawapan yang dikehendaki: slaid pembentangan, dokumen Word/PDF, jadual Excel, memo rasmi.